MARDIANA masih lagi keletihan mengharungi masa-masa dia berada dalam keadaan koma. Tidak banyak bercakap. Dia cuma akan berbicara bila ditanya. Itupun dengan sepatah atau dua patah perkataan sahaja. Badannya yang lemah membuatkan dia tidak mampu untuk banyak bergerak. Biarpun begitu Datin Sofia tidak jemu-jemu menangani kesulitan yang dialami oleh anak kesayangannya itu. Beliau melayan Mardiana umpama seorang bayi yang baru lahir. Segala pergerakkan akan dibantu.
Perwatakan Mardiana yang sebelum ini banyak mulut jelas menghilangkan watak sebenarnya. Bagai seorang Mardiana yang lain berada di atas katil itu. Hanya pandangan kosong yang dilemparkan. Tiada wajah ceria yang ditunjukkan. Suasana menjadi sepi disekeliling. Setelah beberapa ketika Mardiana tertidur dalam usapan Datin Sofia.
Lebih kurang sejam kemudian, Doktor Leenda dan Hanaffee sampai ke wad yang menempatkan Mardiana. Doktor Leenda meneliti pemeriksaan yang dibuat ke atas Mardiana dalam fail yang tersangkut di hujung katil. Jika mengikut data kesihatan Leenda tidak terlalu membimbangkan. Tetapi buat masa sekarang pemerhatian perlu diberikan terhadap pesakit ini.
Hanaffeee yang mengekori Doktor Leenda dari belakang hanya memerhatikan Datin Sofia mengusap-usap Mardiana. Setelah menyedari yang Hanaffee ada bersama dia bangun dari kerusinya.
“Apa khabar untie?” Sambil bersalam dan mencium tangan Datin Sofia Hanaffee menanyakan khabar.
“Alhamdulillah. Untie sihat.” Biarpun tampak keletihan Datin Sofia lupa segala keletihan dengan tersedarnya Mardiana dari koma.
Doktor Leenda yang telah selesai memeriksa data dan keadaan Mardiana meminta diri untuk masuk ke pejabatnya. Hanaffee merenung Mardiana yang sedang lena. Jelas kelihatan ketenangan dari raut wajah itu. Dia bersyukur kerana Mardiana Selamat dalam kemalangan tersebut.
Seketika kemudian Datuk Yusman sampai dan terus meluru ke arah anaknya. Setelah dia melihat Mardiana sedang tidur dia hanya mengucup dahi Mardiana dan kemudian melangkah menanyakan soalan-soalan bagaimana Mardiana sedar, baikkah dia dan bermacam macam soalan lagi kepada Datin Sofia. Hanaffee hanya menjadi pendengar yang setia dan secara tidak langsung dia mengetahui lebih mendalam bagaimana Mardiana tersedar dan bagaimana keadaannya ketika itu. Yang penting sekarang Mardiana Selamat.
***
KE HULU ke hilir Uzma mundar mandir di dalam biliknya. Dia menjadi resah setelah mendapat panggilan dan juga sms dari Yazid. Terasa menyesal dia melayan Yazid tempoh hari. Uzma jadi kalut. Hendak dilayan atau disenyapkan sahaja. Dia yang sememangnya tidak biasa dengan lelaki, jadi kalut dalam situasi yang sebegini.
Dari pengalamannya, iaitu bukan dari kisah sebenarnya dia mendapati selalunya lelaki yang tidak dikenali itu biarpun baik pada permulaan akan jadi jahat kemudiannya. Ini semua adalah padah dari hobinya yang suka menonton TV atau membaca novel-novel cinta. Lebih banyak fantasi yang terbawa-bawa sehingga ke dalam kehidupan normal. Lagipun memang lumrah manusia akan menekankan perkara-perkara yang negatif lebih dari positif dalam menilai sesuatu perkara.
‘Ahhh! Kenapa jadi bingung ni.’ Sesekali dia duduk diatas katilnya. Kemudian bangun. Berjalan tanpa tujuan. Akhirnya setelah kepenatan dia baring pula di atas katilnya. Sambil memejamkan mata, otaknya menerawang entah ke mana-mana. Dia tidak pasti apa yang dia cari dalam pengembaraan di alam angannya itu.
Biarlah. Akhirnya Uzma membuat keputusan untuk tidak membalas segala mesej yang diberikan oleh Yazid. Dia tidak berani hendak memulakan sebuah persahabatan yang mungkin akan membuat dia kecewa dan derita. Mungkin sikap berhati-hati itu lebih baik dari bertindak melulu dan terburu-buru. Dengan status tidak mempunyai sebarang ikatan mungkin akan membuatkan dia lebih senang menghadapi hari hari yang dilalui sekarang ini. Suatu hari nanti dia percaya tetap akan ada juga jejaka yang akan berjaya menambat hatinya.
Buat masa ini dia perlulah bertahan dengan sikap Yazid yang sentiasa mengganggu dia dengan panggilan telefon dan juga sms. Bermacam-macam ayat yang diluahkan dalam rangkaian sms yang diberikan. Lucu ada. Sakit hati pun ada. Tetapi semuanya bertemakan persahabatan. Uzma hanya membaca sepintas lalu dan kemudian memadamkan semua mesej yang diberi.
***
“MAMA, dahaga.” Mardiana terus meminta air bagi menghilangkan dahaganya setelah dia terjaga dari tidurnya.
Datin Sofia menyuapkan segelas air dan Mardiana meminum hanya seteguk air yang dihulurkan. Apabila aliran air itu membasahi kerongkongnya Mardiana berasa lebih selesa. Dia cuba membetulkan badannya. Datin Sofia membantu Mardiana mengubah kedudukan badannya.
Datuk Yusman dan Hanaffee tidak ada di situ. Mereka berbual di kantin sementara menunggu Mardiana terjaga dari tidurnya.
“Mama, Papa mana?”
“Dia ke kantin. Tadi masa dia sampai Dee tengah tidur. Tak sampai hati kami nak mengejut Dee.”
Mardiana hanya menanggukkan kepalanya.
“Affee pun ada sama.”
“Affee? Siapa dia ma?”
“Dee tak ingat Affee kah?” Pertanyaan Datin Sofia hanya dijawab dengan gelengan kepala. Datin Sofia resah bilamana Mardiana tidak mengingati Hanaffee. Hati ibunya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Mardiana.
“Dee, kenal tak dengan lelaki yang berjalan kat luar dengan papa tu?” Kebetulan Datuk Yusman dan Hanaffee kembali ke wad itu. Datin Sofia terus menunjuk ke arah mereka.
alamak, hilang ingatan pula...
ReplyDeletemungkin klise, tapi saya akan cari jalan utk pembaharuan jln cerita...
ReplyDeletebestla cite ni..bile lg nak smbg..?
ReplyDeletefarwisy : TQ. Insyaallah bagi dlm sehari dua ini akan saya cuba.
ReplyDelete